Dalam hidup, kita memainkan begitu banyak peranan. Ibu. Bapa. Suami. Isteri. Anak. Pekerja. Usahawan. Pemimpin.
Kita begitu biasa dengan semua peranan itu sehingga kadang-kadang kita terlupa bertanya:
Apabila satu demi satu peranan berubah, hilang atau tidak lagi diperlukan, kita mungkin mula tertanya-tanya tentang nilai, identiti dan arah diri sendiri.
Kita boleh memandu dengan sangat cekap. Kita boleh bekerja keras, merancang dengan teliti dan bergerak dengan pantas.
Tetapi kalau destinasi yang kita pilih salah, semakin laju kita memandu, semakin jauh kita daripada destinasi sebenar.
Mungkin yang kita perlukan bukan sekadar lebih banyak usaha - tetapi menyemak semula arah.
Perjalanan mengenal diri bukan sekadar mengenali siapa kita di dunia. Ia adalah perjalanan memahami siapa kita di sisi Pencipta.
Tadabbur Tour 2.0 membuka ruang untuk kita menyelami perjalanan mengenal diri melalui tadabbur Al-Quran dengan lebih dekat, mudah dan praktikal.
Beliau merupakan Pentadabbur utama bagi program MyQuranTime di TV9, Astro Oasis dan TV AlHijrah.
Melalui kaedah pembelajaran TOTIQ di bawah bimbingan Akademi Sinergi Ikhlas, beliau membantu peserta mentadabbur ayat dengan mudah, praktikal dan menyentuh hati.
Dengarkan sendiri perkongsian peserta tentang pengalaman mereka bersama Al-Quran, kaedah pembelajaran dan komuniti Tadabbur Tour.
Kita mungkin tidak mampu menghentikan dunia daripada terus bergerak. Tetapi kita masih boleh mengambil satu hari untuk berhenti seketika.
Lengkapkan maklumat tempahan di bawah untuk menyertai Tadabbur Tour 2.0.