Program 6 bulan berstruktur untuk memahami mesej Al-Quran dan mengaplikasikan panduan wahyu dalam kehidupan anda. TOTIQ Batch 6 kini dibuka.
6 bulan · Online atau fizikal · Pendaftaran RM400
Kisah Sebenar Peserta TOTIQ
"Malunya pada Sang Pencipta, hamba yang hidup 4 dekad tapi tidak faham apa mesej Allah. Diri mengakui cintakan Allah dan Rasul-Nya, tapi membaca Kalam-Nya berlalu begitu saja, apatah lagi mahu terpahat di hati. Alhamdulillah atas segalanya nikmat-Nya, yang telah melorongkan jalan membuka hati mengikuti TOTIQ3 walaupun hanya secara maya. Tenggelam dalam lautan al-Quran, kembali merefleksi diri, mencari solusi kehidupan dengan tadabbur ayat-ayat Allah. Jazakamullah khairal jaza' khususnya buat Yayasan Ummi & Akademi Sinergi, Puan Hajjah Rita Sarbani Ismail, al-Fadhil Tuan Haji Fazrul Ismail dan barisan para trainers yang meletakkan dedikasi tertinggi untuk program ini."
— Puan Hairunnisa' Nasir, Pesara Pegawai Kawalselia Syarikat Telekomunikasi, Alumni TOTIQ 3
Khatam berkali-kali tetapi hati masih kosong. Tiada kesan dalam kehidupan harian.
Anggapan salah ini menghalang ramai Muslim biasa daripada mendekati Al-Quran secara mendalam.
Perlukan program tersusun, guru berpengalaman, dan komuniti sokongan yang konsisten.
Kaedah interaksi Al-Quran yang terbukti berkesan untuk semua Muslim — tanpa perlu mahir bahasa Arab.
Program 6 Bulan Berstruktur
Untuk memahami mesej Al-Quran dan mengaplikasikan panduan wahyu dalam setiap aspek kehidupan anda.
Modul pembelajaran yang berstruktur untuk membimbing peserta berinteraksi dengan Al-Quran secara praktikal.
Belajar tadabbur dan tazakkur menggunakan kanvas panduan untuk memahami ayat dan mengambil peringatan.
Memahami setiap halaman Al-Quran dari halaman 1 hingga 604 secara ringkas.
Kaedah mencari solusi di dalam Al-Quran untuk menyelesaikan masalah kehidupan.
Kaedah mencipta inovasi berdasarkan ayat-ayat Al-Quran.
Tugasan BDQ, HTE dan SKDA, peperiksaan bertulis serta pembentangan untuk Black Belt sahaja. RM350; tidak wajib, sangat digalakkan.
Panduan Surah Al-'Asr untuk menyebarkan manfaat dan pembinaan legasi kebaikan berkesan.
Dua jenis sijil: sijil mengikut belt yang dicapai atau sijil penyertaan bagi peserta tanpa belt. Semua peserta layak konvokesyen, dengan atau tanpa belt.
Lihat syarat setiap belt →Konvokesyen: awal 2028, termasuk Majlis Khatam Tadabbur QCTC. Butiran lanjut akan dimaklumkan.
Pembelajaran fleksibel yang direka untuk memudahkan kehadiran semua peserta, sama ada secara bersemuka atau dalam talian.
Kelas bersemuka dijalankan 2 hari setiap bulan di Selangor:
* Sekiranya tidak dapat hadir secara fizikal pada tarikh tertentu, anda masih boleh mengikuti siaran Live Streaming atau menonton rakaman dari rumah.
Pengajian secara dalam talian selama 3 jam sehari pada hari Isnin, Selasa & Rabu:
* Rakaman kelas disediakan untuk rujukan dan ulang kaji semula bagi semua peserta.
Inilah suasana sebenar pembelajaran bertalaqqi bersama barisan Master Trainers & rakan-rakan seperjuangan Al-Quran dari serata negara.
Leret untuk lihat 3 gambar suasana kelas →
Pengasas kaedah Interaksi Quran. Berpengalaman lebih 10 tahun membimbing ribuan Muslim memahami dan menghayati Al-Quran melalui pendekatan sistematik.
Butiran Yuran Program
Jumlah keseluruhan jelas. Bayaran boleh dibuat mengikut peringkat.
RM400
Jumlah tanpa penilaian. Tiada yuran fizikal bulanan.
Dengan penilaian RM350: jumlah RM750
RM1,960
RM400 + RM260 × 6 bulan. Termasuk 3× makanan dan nota fizikal; penginapan tidak termasuk.
Dengan penilaian RM350: jumlah RM2,310
Penilaian tidak wajib, tetapi sangat digalakkan. Anda juga boleh bayar penuh atau atur ansuran bersama admin mengikut jadual dan tarikh akhir yang dipersetujui.
Yuran konvokesyen, jika ada, belum termasuk dalam jumlah di atas.
Leret untuk lihat 4 testimoni alumni →
HTE Basic memerlukan projek kajian dengan kelulusan Baik; HTE Advance dengan kelulusan Cemerlang. Penguasaan perkataan sekurang-kurangnya mengetahui maksudnya dalam Bahasa Melayu.
Penilaian merangkumi tugasan dan peperiksaan bertulis. Pembentangan untuk Black Belt sahaja.
Pilih pengajian, semak jumlah dan sediakan resit bayaran dalam satu borang.
Pratonton borang · Maklumat dan resit belum dihantar kepada admin.
Selepas pendaftaran, sertai group WhatsApp/Telegram rasmi melalui pautan yang diberikan. Akses kelas, rakaman, maklumat program YUM serta pengumuman dikongsikan di sini.
Ruangan yang wajib diisi